Hai.
Wednesday 14 November 2012 | 23:59 | 0 weird people
Hai future,


Surat tak rasmi. 

Assalamualaikum awak, Awak buat apa? Tengah study ke, or tengah BBM dengan orang lain? Haa, tengah nak ejas awek eh. Jangan lupa awak tu nanti bakal suami saya. Ingat. Saya tak nak awak main main dengan perempuan lain. Walaupun saya tak tahu awak ni siapa tapi saya harap dan sentiasa berdoa yang awak ialah terbaik buat saya. Sebab tu Allah hantarkan awak pada saya untuk bersama saya senang dan susah. Awak, walaupun saya tak dapat cinta awak sebelum kahwin, tapi saya yakin cinta awak untuk saya hanya selepas saya sah menjadi milik awak. Saya tunggu. 

Sekarang awak tahu tak saya ni tengah belajar fight untuk STPM saya ni, Saya nak awak doakan untuk saya  tau. Jangan lupa. Sekarang ni baik pula saya nak ingat pasal awak. Awak patut bersyukur dapat saya. Tahu. Tengah malam macam ni, Exam nak dekat boleh saya fikir pasal awak. Tak patut tak patut. Saya tuntut masa saya nanti dengan awak. Faham? Awak kene luangkan masa untuk saya. Tak kisah. Awak kene juga. Saya akan buat yang terbaik untuk final saya kali ni. 

Saya ada juga usaha untuk cari awak, tapi memandang saya ni ada had dengan ajnabi yang lain saya minta pertolongan Allah swt agar segalanya dipermudahkan untuk mencari awak. Tengok ingat senang ke, Nak cari awak yang halal ni  pun Allah yang kene bantu saya yang lemah tahu. So, kita sama sama lah usaha eh. Jangan lupa, usaha doa. 

Saya nak buat pengakuan  ni, saya ni lemah. Banyak sangat kekurangan yang ada pada saya. Saya harap awak boleh terima saya dengan seadanya tanpa membandingkan saya dengan orang lain. Dengan kekurangan saya, saya harap awak sudi melengkapnya. Terima kasih awak. 

Awak, hanya senyuman awak yang terukir dalam hati saya. 

When you smile, I melt inside.

I just want you. 
Saya harap awak jaga diri awak, jaga pergaulan awak, jaga solat, ibu bapa awak. Yang penting sekali jaga iman dan agama awak. Kerana itu yang dapat membimbing saya ke Jannah bersama sama. Kita sama sama perbaiki diri untuk masa depan kita okay. InsyaAllah niat baik Allah permudahkan. 

Seikhlas hati, saya akan melengakapi tulang rusuk kiri awak dan menyayangi awak. 

19 November 2012/ Isnin ni saya exam. Bye awak. Saya tunggu awak. 


Assalamualaikum, I lock myself in my room, with the radio on turned up so loud, that no one hears I'm screaming. That's my intro. You?

Currently : Alien(s) 
MOOD : Praise to Ilahi, Allah swt.


This is Life
The Prisoner
I don't need to explain who I am to people, they won't figure me out anyway. Judging me, teruskan. What I would do is, stay with who I am to me.
Daisypath Anniversary tickers